Monday, October 18, 2010

Wedding...wedding...wedding...

Salam...

Oktober yg busy buat aku..korang tengok tajuk tu?ade berapa kali perkataan wedding? Sangat meriah family aku bulan oktober ini kerana meraikan wedding cousin2 aku..bermula dengan :-

1) 2.10.2010   - Wedding cousin lelaki aku..anak makchu aku - Kg pelangai Bentong
2) 16.10.2010 - Wedding cousin lelaki aku..anak paklang aku - Perlis
3) 16.10.2010 - Wedding cousin perempuan aku..anak sulung makchu aku( 2 menantu dlm 1 bulan )
4) 22.10.2010 - Wedding anak perempuan cousin aku - di rumah mak aku
5) 23.10.2010 - Menyambut menantu cousin yg kawin kt Perlis tu di rumah mak aku...

Tak cukup meriah ke family besar aku bulan ni?hehe...mak aku kira orang tua dlm family besar aku since nenek, atuk dan mak long aku dan meninggal dunia...

Bukan senang nk buat kerja kenduri kawin ni..korang tgk date 16.10.2010 tu ade 2 wedding di 2 tempat yang berlainan...memang dah xboleh dielakkan lagi...harap2 lepas ni cousin2 tlg lah berbincang dulu sebelum mencetak tarikh di kad kawin yea..supaya family tak de yg serba salah nak pegi mane satu...

This weekend bermula hari jumaat ni akan ade majlis nikah anak cousin perempuan aku di rumah mak aku...Mak baru sampai dari Perlis semalam kerana attend wedding anak Pak Lang aku. So, hari ni bermula lah episod sibuk di rumah mak aku sampailah menjelang jumaat nanti..

Best thing pasal kenduri kendara ni, semua ahli keluarga akan turut sama membantu ape yang perlu...jelas ikatan kekeluargaan dan jalinan silaturahim antara kami sekeluarga bertambah2 lagi..

Moga Allah permudahkan urusan kami bagi meraikan dan menyambut ahli keluarga baru dlm keluarga besar kami...amin..

3 comments:

  1. KAK JU MERIAH NAMPAK..MEMANG BESAR SUNGGUH KELUARGA..KALU MACAM TU SETIAP MINGGU MAKAN NASI MINYAK AJALAHKAN..HUSS KENYANG TU...BOLEH JOINT KE NAK JUGAK MAKAN NASI MINYAK FREE..SAJA GURAU TAPI APA YG PENTING HUBUNGAN KEKELUARGAN ITU MESTILAH ERAT BARU BAHAGIAN MACAM NIE..

    ReplyDelete
  2. camtu lah nadia..
    jemputlah dtg yea..sentiasa dialu-alukan ;)

    ReplyDelete
  3. insyallah ..itu pon kalau tahu jalan ke sana...apa2 pon majlis kenduri ni berjalan dengan baik dan selamat..

    ReplyDelete