Bismillah...
Salam....
Hari ini aku nk cerita sket..tentang pertemuan dgn seorg hamba Allah ini...
Cikgu Rahmat Choo Abdullah, 52 tahun, dia cikgu dan merangkap ayah angkat kepada MH...sudah lebih 20 tahun MH tak jumpe dia...masa bercuti raya haji yg lalu, MH dapat berckp dgn cikgu Rahmat melalui handphone ayah mertua...Cikgu Rahmat rakan baik bah juga,walau jarak dan masa memisahkan mereka...
Menurut MH, masa dengar suara cikgu, hati dia sayu sikit...cikgu cakap:
dah lama cikgu nak bercakap dan jumpa Mohd Haniff (MH), cikgu selalu teringat kn MH, lama kita tak jumpa, banyak benda cikgu nak cerita kt MH, cikgu nak jumpa MH boleh ker? Cikgu Rahmat skarang menetap di Kuching, dan 23.11.2010 dia akan berada di KL sebelum ke Jakarta 26.11.2010.....
Semalam, aku dan MH ke Qualiti Hotel, Jalan Raja Laut, KL utk berjumpa Cikgu Rahmat Choo, yang hanya aku kenali namanya beberapa tahun yang lalu melalui MH...Kami berjumpa dan berkenalan dan terus ke Restoran Haslam mengikut permintaan Cikgu..Orangnya nampak tenang, sederhana, dan lemah lembut dlm menyusun kata...
Dalam bertanya khabar itu, cikgu menyatakan yg dia sekarang mengidap Kanser Usus...dan maseh menjalani rawatan kimoterapi...Dia menceritakan detik mulanya dia disahkan pengidap kanser jenis itu..dia menghidapinya december tahun lalu...selepas pembedahan dilakukan tak lama selepas disahkan kanser jenis itu, bukannya bertambah pulih tapi, sel kansernya merebak ke bahagian hati pula...dia telah menjalani rawatan kimo lebih 16 x...dan sesiapa yg tau kesan dari rawatan kimo ini..tentu tau, betapa sakitnya kesan dari
racun yg dimasukan ke dalam badan utk bunuh sel kanser itu...bagi badan yg tak kuat, pesakit akan mati kerana ubat kimo itu sendiri...bukan kerana sel barahnya...aku senang paham sebab dengar pengalaman dan melihat sendiri kesakitan allahyarham kak sara (isteri bos aku) yg meninggal akibat kanser rahim kemudian merebak ke paru-paru 4 tahun yg lalu...Al-fatihah buat kak sara...
Melihat fikizal cikgu Rahmat, aku dan MH tak menyangka yg dia sedang melawan penyakit itu..aku tak sebut menderitai penyakit itu...tp melawan...sebabnya? korang akan paham nanti....kerana biasa kita dengar dan lihat pesakit kanser yg sudah di kimo akan menjadi lemah, dan fizikal mereka akan terjejas!
Tak de sedikit keluhan resah, risau atau sedih..dia dgn tenang jer bercerita...dari satu hal ke satu hal..dari cerita sakit cikgu juga menceritakan dugaan demi dugaan yg Allah beri padanya....dia diduga dengan penceraian...bukan sekali tapi 3 kali! dia membenci poligami, tp dia diduga dgn poligami juga...Sedih mendengar ceritanya..dia boleh dikatakn sebatang kara...kerana selepas memeluk agama Islam, dia disisih keluarga sendiri yg seakan malu dengan dirinya...dia memeluk agama islam diumur 16 tahun...katanya keluarganya penganut agama kristian yg taat dan kuat beragama..katanya, jika dia tak memeluk islam, dia akan menjadi paderi...kerana diawal umur belasan tahun, dia telah dilatih, dididik dan diasuh utk menjadi PADERI.
Katanya, dia benci penceraian, dia cukup menjaga rumahtangganya,tp dia diduga juga dgn penceraian...selepas itu..dia seperti org yg hilang arah, msk ke kelab malam dan seperti org yg hampir hilang pegangan hidup..Waktu itu dia marahkan Tuhan, salahkan tuhan, kerana katanya, dia masuk islam, byk pengorbanannya..disisih keluarga sendiri...dia cuba menjadi muslim yg baik..tp kenapa Allah beri dia penceraian itu..Macam cerita Chinta Chandury tu lah kata cikgu..hehe..mmg katanya waktu tgk cerita tu, dia teringat kisah hidupnya sendiri...diwaktu dia hilang arah itu lah, Allah temukan dia dgn seorg driver taxi, yg membawa dia ke sebuah surau..dan disitulah dia kembali sedar, bertaubat dan dia mengenali hidup bertarikat..Cikgu mengikuti Tarikat Naqshahbandiah...Alhamdulillah....
Aku kagum dgn kepahaman dan penghayatan cikgu rahmat terhadap islam...aku ckp kt dia..malu aku pada dia, sbb aku dilahirkan sebagai melayu-islam, tp aku jauh lebih jahil dari dia, yg dilahirkan, dididik, diasuh dlm agama dan bangsa yg asing dgn islam....dia hanya senyum...kata cikgu yg buat aku dan MH sedikit terpukul : kalau sy lihat melayu waktu sy nk msk islam dulu, sy tak akan masuk islam...tp hidayah Allah tu, pd sesiapa yg Dia kehendaki....cikgu kata, di waktu itu, dia bagaikan di satu garisan yg amat nipis sekali, hari ini dia penganut kristian yg tegar, esok dia islam yg benar2 islam...katanya, macam Saidina Umar...
Waktu dia mula2 islam, diasrama org berpuasa, dia pun berpuasa, tp bila tiba hari raya, semua org blk kg nk beraya dgn family, tp dia duk asrama makan maggi...dia nk balik mane?dia tak de keluarga islam waktu tu...dia nak beraya dengan siapa? perasan sedih tu katanya Allah je tahu..dapat tak korang bayangkan yg dia benar2 mencintai agama islam ini...dia benar2 merasai manisnya iman dan islam..Dalam hati aku, betapa bertuahnya aku dilahirkn dlm islam...tp aku belum sampai pada tahap cikgu pd umur aku 16 tahun...aku masih terkinja2 waktu tu, aku maseh seronok sana sini, dan fikir yg ntah ape2 waktu tu...setiap kata yg keluar dari mulutnya semuanya ilmu bg aku dan MH, kisah nabi, hadis2, tafsiran al-quran juga diselit2kan sepanjang 3 jam pertemuan kami itu....
Aku dapat merasakan Cikgu Rahmat dapat melalui hari2 yg mendatang dgn tenang dan tabah..disamping penyakit yg dihidapinya...kerana jalan Tarikat yg dia pilih..Yang aku tahu org2 tarikat ni berzikir beribu2 kali...ade kaedahnya..ade gurunya...kena tahu susur galur gurunya mesti sampai ke Rasullullah...jika tidak dikhuatiri SESAT...penah tak korang dengar jin dan syaitan duduk dalam saluran darah manusia? ingat dia nk duduk saje saje je dlm darah kita tu? dia sekat salur darah dan sekat saraf2 tertentu...ape jadi pastu? dapat lah kita penyakit serangan jantung, kencing manis, kanser dan sebagainya...kaedah zikir ini mampu mengubati penyakit dengan izin Allah...tp kenapa Allah masih beri sakit? Dia nak kita sabar, nk tengok kita ikhlas dan redho tak atas ape yg dberi, nak hapuskan dosa kita (kifarah dosa), nk kita sentiasa merintih pd Dia, bergantung dan berserah hanya pada Dia...Aku lihat sendiri cikgu amat faham tentang ini semua...katanya matinya sesorang bukan kerana kanser, tp kerana kehendak Allah....dia boleh hidup 20-30 thn lagi jika Allah berkehendak begitu....
Cikgu sudah bertarikat lebih 20 tahun yg lalu...cerita cikgu pada aku dan MH zikir adalah perkara yg paling disukai Allah..zikir yg mendekatkan kita pd Allah, juga utk memecahkan nafsu yg ade pd diri..membersihkan hati, kerana Allah melihat hati yg bersih, hati yg ikhlas..kata cikgu rahmat lg, Allah tak tengok baju kamu, tak tengok kereta mewah atau rumah kamu...yg Allah tgk..HATI...hati yg bersih walau sebesar zarah pun, itu yg lebih Allah pandang dari pahala2 yg lain...secara ringkasnya lah utk aku kongsi dgn korang...
Terasa macam nk borak lg dgn cikgu lg 3 jam...haha...apakan daya masa ni sgt cemburu dgn kami...hari ini cikgu akan ke surau di rawang dan tido disana...disurau itu ade jemaah dari tarikat yg sama...esok cikgu akan ke jakarta(menziarahi gurunya) ahad pulang ke kuching dan selasa dia akan kembali menjalani rawatan kimoterapi...pertemuan dengan cikgu Rahmat Choo....rahmat Allah juga pd aku dan MH...terasa yg sudah bertahun2 mengenalinya..Allah mengerakkan segala2nya...aku dan MH akan mendo'a kesihatan cikgu akan bertambah baik..Dengan izin Allah, cikgu akan sembuh...
Terima kaseh cikgu atas pelajaran hari ini...dikelas tidak rasmi cikgu ini....kami berharap bertemu cikgu lagi jika Allah izinkan lagi...