Thursday, October 28, 2010

Improve junie!!

Salam...

Hai uols...sehat ? iols sehat jer....

Tips from email...

POINTS ON HOW TO IMPROVE YOUR LIFE

Personality:

1. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment
3. Don't over do; keep your limits
4. Don't take yourself so seriously; no one else does
5. Don't waste your precious energy on gossip
6. Dream more while you are awake
7. Envy is a waste of time. You already have all you need..
8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
10. Make peace with your past so it won't spoil the present
11. No one is in charge of your happiness except you
12. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
13. Smile and laugh more
14. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Community:

15. Call your family often
16. Each day give something good to others
17. Forgive everyone for everything
18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
19. Try to make at least three people smile each day
20. What other people think of you is none of your business
21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:

22. Put ALLAH first in anything and everything that you think, say and do.
23. ALLAH heals everything
24. Do the right things
25. However good or bad a situation is, it will change
26. No matter how you feel, get up, dress up and show up
27. The best is yet to come
28. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
29. When you awake alive in the morning, thank ALLAH for it
30. If you know ALLAH you will always be happy. So, be happy.

While you practice all of the above, share this knowledge with the people you love, 
people you school with, people you play with, people you work with and people you live with.
Not only will it enrich YOUR life, but also that of those around you.

Remember,
 
GOOD THINGS ARE FOR US TO SHARE.....!!!!!!

junie

Tuesday, October 26, 2010

Belated Birthday of Me

Bismillah...

Salam...

Hajat aku nk post pada hari jadi 23.10.2010, tak kesampaian..nak buat macamana kan, hari itu adalah hari yang sibuk untuk family besar aku kerana kenduri kendara...ade beberapa perkara yang nak cerita ceriti di sini :-

1) Birthday Me ~ 23.10.2010
Alhamdulillah, Allah izinkan aku bernafas lagi dibumi ini...Semoga diumur 31 tahun ini, aku menjadi junie yang lebih baik dan lebih matang dalam menjalani kehidupan..terima kaseh yang tak terhingga atas ingatan dan doa yang melimpah ruah dari MH, family dan kawan2..melalui, sms, mms, dan FB...special thanks to family for everything and for the last 31 years...

Sangat2 terharu, malamnya ade kejutan kek from family members..a sweet suprise in a sweet way..anyway, thanks a lot y'all for making my 31 birthday such a memorable day. Definately make my birthday better!

2) Kenduri Kawin ~ 22-23.10.2010
Habes la sudah kenduri kendara family besar aku pada tarikh itu...semua orang sangat gembira, penat dan lega bila segalanya selesai...walaupun bermacam2 ragam, gaya, cerita disebaliknya..

Post mo-term kenduri :-

Perkara yang tak best berlaku :-
~ Jumaat, pengantin perempuan tak siap lagi tp tok kadi dah sampai..juga berlaku sesi bertekak dgn mak andam kerana berjaya sampai setelah sejam tok kadi sampai (hangin semua org)
~ Black out pukul 11-12 tgh mlm...risau sebab banyak lagi keja nk setel malam tu..paling penting  nak masak lauk pauk kt dapur tu utk majlis esoknya..pengantin mlm tu juga bergambar posing2 dlm gelap..bila elektrik dah ade..pengantin dah kepenatan...
~Sabtu tengahari, abang aku (ateh) sakit dada dan sesak nafas, kerana kepenatan, dia ade rekod serangan jantung juga...kami adek beradek dah menangis tengok dia sakit...diwaktu yg sama pengantin perempuan sampai..keadaan rumah yg sesak menyesakkan lg nafas abang aku sementara tunggu ambulan...alhamdulillah, petang tu keadaan dia stabil dan boleh balik rumah semula...
~orang kampung sekadar mambantu ala2 sahaja...semangat gotong royong yang semakin terhakis di kampung aku...menyebabkan kami sekeluarga agak kelam kabut dan takde masa nk enjoy dihari kenduri itu...sampai ade yang sakit...ape kes tu?
~kamera aku menghampiri kategori rosak...so, tak dapat nk ambil gambar sakan hari sabtu tu...

Perkara best yang berlaku :-
~Sedara mara jauh dekat, utara selatan dapat  blk/datang dan berkumpul dlm suasana yang sangat mesra.
~Tido bersepah2..di dapur, di sabak(tempat org masak),di anjung, tengah rumah bentang toto sampai muka pintu..huhu...betul2 full house...
~Food sedap & cukup...takde tetamu yang tak dapat makan...perkara ini yang paling buat tuan rumah risau
~Pengantin2 dan mak ayah pengantin nampak gembira dan lega..kami sekeluarga..lebih lah lagi..
~Sepanjang hari kenduri ade My Little Damia yang menyerikan hidup aku..:)
~ Suprise birthday kek utk aku..gembira bkn sbb kek tu sangat...tp sebab semua ahli keluarga ade bersama...menjadikan hari jadi aku sangat bermakna tahun ini  (^_^)

Conclusion: the wedding went well, with a little hick up here & there.. but which wedding reception has no hickup or drama kan? boring la kalau way too perfect :)

3) Damia Ariana
Aku balek bentong disambut oleh Damia..spend dari hari khamis mlm sampai ahad mlm dgn dia..bermain2 dgn dia..tidokn dia...buatkn susu dia..dia semakin comel dgn rambut style cendawannya..tp badan dia susut sket...sbb dia dah berjalan dan tak reti duduk diam gak..semua org geram dan nak peluk cium dia...paling sedih nak berpisah dgn dia..dia nangis nak ikut aku balik :( sepanjang perjalanan balek terbayang dia..




Ini ade sket gambar2 utk ditepek di blog aku ni:-


Pengantin pada hari itu~yana~
~Selamat Pengantin Baru ~
Pengantin memang kena cantek!

Damia Ariana alwayz gorgeous baby!
miss u
senyum2
rambut damia cendawan style..comel~
hayoo...manyak hepii
cantek dan comel selalu
debab lah cayang!
damia yang manja
like a doll
Watak baru dalam blog ini...Putra Nazih Mukriz, dua pupu kepada Damia Ariana

Pengantin utk hari ke-2...sempat ambik ni je..lepas tu kamera gua biul

Saje letak hand bouque bride sebab shanteekk ~ special for yana from my sis liza



Itu sahaja setakat ini...gambar2 sepanjang majlis yang lain...malas nk upload..byk juga ambik sebelum kamera biul...tp yang terlebih banyak macam biasa gambar Damia Ariana sesajer...hehe

Thursday, October 21, 2010

Birthday count down dan kenduri

Assalamualaikumwarahmatullah....

Birthday count down :1 more day to go...hehe
Macam bagus je count down birthday sendiri...haha..Lagi 2 hari umur aku genap 31 tahun...tapi 23.10.2010 tu nanti akan ade kenduri di rumah mak aku di bentongville..petang ni aku akan blk ke bentong dan berada di sana sepanjang hujung minggu...But i'll try to post my speech on my birthday in my blog..chewwah!yealah kan blog sendiri...suka hati gua lah kn..hehe

Tadi aku dah berpenat lelah membeli barang2 yang mak pengantin dan pengantin kirim...fresh flower, brg2 for hantaran and kerepek2..nak fruit tart dan cheese tart lagi..tapi tak dapat lah nak tolong...tak jumpe cari fruit/cheese tart lah kt ampang ni...aku curi2 keluar time ofis,mane boleh ngulor lama2...kalau tak keje boleh je aku cari kt klcc ke mid valley ker..haha...

Kat rumah mak dah penuh sedara mara yang datang utk tolong2 ape yang perlu di setel menjelang hari kenduri esok...so, balik petang ni lepas keje..Junie, selamat berpenat tak hengat!

Esok, majlis nikah anak my cousin, yana..Sabtu majlis untuk cousin pulak, Khabir...ade cerita pasal cousin aku khabir ni...Last week aku blk umah mak aku, aku ternampak wedding kad si 'Khabir' ni..aku pun kerut dahi dan tanya kat abang aku :-

Aku : Andak, ni apehal khabir letak nama lain kt kad kawen dia ni?
Abang : A'ah, dia letak nama khusi *senyum*
Aku : Se tau saya nama dia mohd khabir bin mohd affandi (muka  tak syak ape2)
Abang : Mungkin dia feeling2 citer "Khabi Khusi Khabi Gham" *tersengeh*

Aci tak kazen gua? *sign*

(^__^) ~ muka orang happy sambil menyanyi2 dalam hati kerana nak balik kampung...huhu!

Tuesday, October 19, 2010

Damia

Salam,
Hari ini aku nk memperkenalkan seorang budak kecik yang amat mengujakan hati ini..Nama dia Nur Damia Ariana...Umur dia skarang dah setahun lebih...Dia ni anak sepupu adek ipar aku...macam takde kaitan je kn?haha adek aku lah suka 'kidnap' dan bawak dia balik umah mak aku berjam2 lamanyer...kadang2 berhari2 lamanya :)


Ni hah dia...budak kecik itu...





Sebab dia ni sangat mesra dan suka ajer dgn sesiapa...jadi kami sekeluarga pun suka lah bermain2 dgn dia..sebab dia xsuka nangis sgt...dah lah comel, tak banyak ragam pulak tuh...anak saper lah ni yea! Since anak sedara kami yang paling kecik dah berumur 4 tahun...bukan tak comel dah yea...tapi dah tak boleh nak ditimang2 lagi...hehe..tapi manja itu tetap lah dia yang manja...Nur Damia Batrisya, 4 years old..sudah pandai melawa, melawak pun iye juga :) tapi aku dan family tak de lah kedekut kaseh sayang pada anak2 org lain juga..asalnye nama baby itu...semua orang sekelip mata akan jatuh sayang bila memandangnyer..





Sangat montel okey!




Comel
::isn't she adorable....
Comel lagi!





tengok la peha dia yang bukan ala2 itu

Nak cubit pipi boleh??
eeeeee......budak ni kan...sungguh menggeramkan hati, rindu lah!!
Nak satu macam awak boleh tak?haha
bertudung pulak, jd anak solehah okey..
gorgeous baby!
Camne lah tak jatuh chenta dgn budak kecik nih?
She's a chubby little lass
I miss this little girl
grrrrrrrr....
comel comel comel 100x
Time ni dia dah pandai pilih org...
gewwammmm lah tengok!
Damia in baju raya 2010
::Damia in gaun::
Alahai sayang!semua org sayang damia!
Sejak dah pandai berjalan ni...susah nk ambik gambar dia..terpaksa lah berlari2 anak dgn dia...hehe!
Damia sayang






How time flies eh..damia dah semakin membesar...normal lah kn...tak kn nk kecik camtu je...haha...masa pilih gambar2 nk masuk kt blog ni...memang kalau boleh nk masuk semua skali..haha...mau beratus2 keping...tp ini je yang termampu...itu pun dah pening sebab ini kira cam experiment aku lah masuk2 gambar letak kt blog nih...bila time aku rindu dia,stress ke, bosan ke or rasa cam nk maki org ke...hehe..aku selalu lah belek2 gambar dia..seriously terus cool...looking at her pictures are one of the therapy...rasa macam nk terbang kt rumah dia...main dgn dia puas2 dan balik umah balik...haha...boleh camtu??

Dear Damia ~ Maintain cute yea budak kecik...dont grow up too fast..belom puas main2 dgn damia lagi :)

Monday, October 18, 2010

Wedding...wedding...wedding...

Salam...

Oktober yg busy buat aku..korang tengok tajuk tu?ade berapa kali perkataan wedding? Sangat meriah family aku bulan oktober ini kerana meraikan wedding cousin2 aku..bermula dengan :-

1) 2.10.2010   - Wedding cousin lelaki aku..anak makchu aku - Kg pelangai Bentong
2) 16.10.2010 - Wedding cousin lelaki aku..anak paklang aku - Perlis
3) 16.10.2010 - Wedding cousin perempuan aku..anak sulung makchu aku( 2 menantu dlm 1 bulan )
4) 22.10.2010 - Wedding anak perempuan cousin aku - di rumah mak aku
5) 23.10.2010 - Menyambut menantu cousin yg kawin kt Perlis tu di rumah mak aku...

Tak cukup meriah ke family besar aku bulan ni?hehe...mak aku kira orang tua dlm family besar aku since nenek, atuk dan mak long aku dan meninggal dunia...

Bukan senang nk buat kerja kenduri kawin ni..korang tgk date 16.10.2010 tu ade 2 wedding di 2 tempat yang berlainan...memang dah xboleh dielakkan lagi...harap2 lepas ni cousin2 tlg lah berbincang dulu sebelum mencetak tarikh di kad kawin yea..supaya family tak de yg serba salah nak pegi mane satu...

This weekend bermula hari jumaat ni akan ade majlis nikah anak cousin perempuan aku di rumah mak aku...Mak baru sampai dari Perlis semalam kerana attend wedding anak Pak Lang aku. So, hari ni bermula lah episod sibuk di rumah mak aku sampailah menjelang jumaat nanti..

Best thing pasal kenduri kendara ni, semua ahli keluarga akan turut sama membantu ape yang perlu...jelas ikatan kekeluargaan dan jalinan silaturahim antara kami sekeluarga bertambah2 lagi..

Moga Allah permudahkan urusan kami bagi meraikan dan menyambut ahli keluarga baru dlm keluarga besar kami...amin..

Saturday, October 16, 2010

Happy Birthday Nadia!

Salam,

Hari ni kn adalah hari lahir kawan junie,assistant junie di office,dan teman lunch junie hari2..hehehe
Nadia, kakju nak ucapkan happy birthday to Nadia hari ini..

Harap2 Nadia sehat hari ni utk celebrate birthday dgn family dan yang tersayang...Semoga Allah akan murahkan rezeki nadia, sehat,happy selalu dan tercapai apa yg nadia hajati dalam hidup nadia...

Terima kaseh kerana menjadi pembantu yg terbaek utk kakju..lots of love from kakju, hugs n kiss :)

Nornadia ~ cun kn assistant kita?


Friday, October 15, 2010

Tentang saya!

Salam...


Tentang aku, let me introduce myself ok..post ke 3 baru nk perkenalkan diri..hayoooo!
Start with the name,my full name is Junita Mohd Jalil...tp kawan2 ada panggil aku Junie, Jue and Ita..Tengok makna dlm buku nama2 anak tu,cuma Juni je yang membawa maksud cahaya kemerahan..

Masa kecik2 dulu ada aku tanya kt allahyarham abah aku..kenapa dia letak nama aku Junita? kenapa nama aku takde Nor macam kakak2 dan adek aku? Abah pun explained kat aku,dia suka nama tu sebab simple dan klasik...ade sipi2 nama Juwita yang bermaksud Kekaseh...

Seingat aku juga abah ade cerita ade satu nama lagi dia nak beri kpd aku...Nurhidayu..Epppp! jgn gelak okey...aku tau lah, aku tidak se'ayu' nama itu..:)

Korang perasan tak post aku semalam?aku tak letak paragraph..hehe..serabut je mata memandang kan?mesti cikgu BM aku sedih bila dia tau aku tak meng'apply'kan  format karangan yang betul.satu point satu perenggan yea junie.

Hah!ni satu lagi jenayah bahasa...penggunaan short form..ni kes trend skarang ni, sms menggunakan short form dgn tujuan menjimatkan kredit telefon, contohnye aku-aq, balik-lik, boleh-leh dan byk lagi..begitu juga bahasa english-melayu yg bercampuraduk..itu belum termasuk kesalahan spelling, grammer dan pengunaan ayat dgn betul..fuh!tetiba rasa bersalah la pulak..

Tapi  blog ni utk suka hati sahaja.. Junie just wanna loosen up a little bit more, less serious..So, adek2, anak2 buah yang maseh bersekolah yang terbaca blog ini..sila rujuk kamus dan cikgu iye..

Sambung lg bab pengenalan diri, I was born on 23 October 1979 in Bentong , Pahang..ermmmm...i'm turning to a new number few days...and i never thought this coming too fast..rase macam baru je 20s (tak perasan muda okey)..tup tup...dah nk masuk 31 tahun...

mix feeling..secara matangnyer aku menerima perubahan angka ni..memang its just a number..but at this stage....banyak yg aku harapkan dalam hidup aku.....same goes to other friends yg satu batch umur dgn aku...nevermind buddies..31 just a cool number baybeh! i dun mind org nak ckp aku dah tua ke makcik2 ker..sedar diri awak yea junie..tidak boleh nak terkinja2 or perasan hot cam remaja belia...hehe.

Aku berasal dari Bentong, Pahang, because mak aku pun berasal dari sana. Abah aku dah meninggal dunia masa aku form 4..Abah berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan..aku anak ke-7 dari 8 orang adek beradek..aku ade 3 orang kakak, 3 orang abang dan seorang adek perempuan..

Adek beradek umpama intan berlian lah buat aku..sayang diorang sangat2..walaupun macam2 perangai, macam2 drama..end up kitorang okey jer...normal lah kan, mane ade family yang takder drama swasta kn..Itu lah trillnye ramai adek beradek yeahh!!macam2 cerita ade..:D

Married..itu marital status aku..junie married to chinta hati Mohd Haniff (MH) , 04.12.2010 anniversary yg ke-6...Bahagia dan hati berbunga selalu, menjadi isteri kepada MH. MH adalah satu2 lelaki yg sgt memahami dan sgt bersabar dgn kerenah aku yang macam2 sifat mazmummah yg ada dalam diri ini...

MH menerima kekurangan aku dan tak jemu menjadi suami yg terbaik utk aku..that why Allah choose MH to be my hasben not other man in this world..Allah know who the best for me..without him..i'll cripple..thanks for being greatest hasben, may Allah allow me to be MH's wife for dunia n akhirat,insyAllah :)

Okeh!cukup lah sampai sini je pengenalan diri dengan panjang lebar nya..harap korang dapatlah some idea about me ok! izinkan hamba berhenti di sini..till then ;)